Pesona Pengantin

Pada Februari yang lalu, M Boutique Hotel Ipoh berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak Karangkraf untuk sesi fotografi majalah Pesona Pengantin. Sesi fotografi yang dijalankan berlatar belakangkan ruang legar, lobi dan bilik suite yang berkonsepkan “straits eclectic” di M Boutique Hotel Ipoh, adalah untuk ruangan fesyen majalah Pesona Pengantin bagi keluaran April 2014.

Untuk pengetahuan anda semua, fesyen yang ditonjolkan untuk keluaran kali ini adalah busana pengantin muslimah kontemporari dengan gaya terkini lagi ekslusif buat bakal-bakal pengantin yang berhijab. Inspirasi busana anggun mempelai hijabi tersebut telah digayakan oleh 2 orang model cantik jelita yang cukup berpengalaman dalam bidang peragaan. Baju-baju pengantin yang cukup mempesonakan itu, adalah koleksi terbaik daripada Amirulfadzuan, Zaha Wedding Planner, Ezalha Collection dan Fidz Couture.

Rekaan-rekaan baju pengantin yang digayakan cukup ekslusif untuk digayakan oleh wanita bertudung. Selain itu, fesyen hijab yang ditampilkan cukup memberi inspirasi kepada bakal-bakal pengantin untuk digayakan di hari bahagia mereka.

Sesi fotografi yang dijalankan di sini kelihatan cukup unik dengan konsep M Boutique Hotel Ipoh yang berinspirasikan gabungan Colonial Malaya masa lalu dengan hiasan moden kontemporari. M Boutique Hotel Ipoh ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Pesona Pengantin kerana telah memilih M Boutique sebagai tempat sesi fotografi mereka kali ini. Pihak kami mengalu-alukan kunjungan pihak anda lagi di masa akan datang. Untuk melihat galeri majalah Pesona Pengantin sila klik sini.




WeCreativez WhatsApp Support
Ask the M BOUTIQUE IPOH family anything! We are here to assist!
Hi, how can I help?