Lisa Surihani di M Boutique Ipoh

Majalah Lisa & Lisa Surihani!

Keluarga M Boutique bersyukur sebab rumah kami dipilih oleh majalah Lisa yang memaparkan Lisa Surihani di mukadepan (cover page) dengan halaman “Persona Cintra Terindah” dan “Bicara Seni”. Ini semua terkandung dalam Majalah Lisa, edisi Julai 2014 yang diterbitkan oleh HPB Press Holdings Sendirian Berhad. Kami berbangga sebab dipaparkan dalam segment TRAVELISA yang telah membuat liputan terperinci di Ipoh, Perak, Malaysia! Inilah artikel yang di keluarkan Majallah Lisa Julai lalu ….

CHECK-IN DULU! M BOUTIQUE HOTEL

Kalau berkunjung ke Ipoh, kamu tidak perlu bimban mengenai tempat penginapan. Terdapat banyak hotel dan juga homestay yang ditawarkan di sini. Tidak kira berapa bintangnya, pilih saja mengikut bajet yang kamu ada. Kali ini, LISA berkesempatan menetap di M Boutique Hotel, Ipoh. Hotel yang bertaraf tiga bintang ini mempunyai rekaan sangat menarik iaitu menampilkan gaya penginapan dalam butik eksklusif dengan dekorasi yang diadun suasana zaman kolonial British dan gaya moden kontemporari.

M Boutique Ipoh

 

Berdurasi tujuh minit dari bandar, lokasi hotel ini sangat strategik memudahkan pengunjung bersiar-siar di bandar. Sebaik saja LISA melangkah ke hotel ini, tergamam sebentar melihat rekaan dalamannya yang begitu indah. Ya, sangat indah. Segala-galanya menerima sentuhan yang teliti dari segi dekorasi di lobi hinggalah ke kamar beradu. Hilang segala rasa letih memandu tatkala menginap di sini.

Terdapat lima pilihan bilik yang ditawarkan di hotel ini iaitu dari bilik single hinggalah suite. Julat harganya pula sangat berpatutan dan berbaloi untuk kamu merehatkan minda sambil menikmati suasana di bandaraya ini. Selain ruang kamar yang sangat selesa, Hotel M Boutique juga menyediakan kemudahan lain seperti bilik mesyuarat, gimnasium, restoran, kemudahan internet dan sebagainya. Bersesuaian dengan nama hotel, ia turut menyediakan butik yang menjual barangan eksklusif Hotel M Boutique sebagai kenang kenangan buat pengunjung. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, kamu boleh menghubungi talian 05- 2555566 atau layari Iaman webnya di mboutiquehotels.com atau terus berkunjung ke lokasinya di No.2 Hala Datuk 5, 31650, Ipoh, Perak.

Fokus M Boutique Ipoh

 



WeCreativez WhatsApp Support
Ask the M BOUTIQUE IPOH family anything! We are here to assist!
Hi, how can I help?