M Boutique Ipoh Kini Di Shopee!

Apakah aplikasi pertama yang terlintas di fikiran anda apabila rakyat Malaysia membeli secara atas talian? Sudah pastinya, jawapan kepada persoalan ini ialah aplikasi seperti Shopee dan Lazada. Rintitan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  kehidupan seharian kita telah berubah serta merta di mana kita perlu duduk di rumah, kebanyakan masa dihabiskan dengan meluangkan masa bersama keluarga. Justeru itu, ia telah membuatkan kita lebih giat untuk membeli secara atas talian. Keseronokan membeli dan saat menerima bungkusan pesanan sudah pasti akan menceriakan hari anda.  Tambahan lagi, dengan kemudahan aplikasi yang mesra pengguna, pastinya orang ramai tidak dapat menolak untuk terus menggunakan aplikasi ini.

Oleh kerana kita semua telah terpengaruh dengan membeli belah secara atas talian, kami mempunyai tawaran yang baik…ekslusif hanya di Shopee. Pihak Shopee menawarkan kami untuk turut serta di dalam projek baharu mereka dan kami tertarik untuk menyertai projek tersebut…apa salahnya kan? Mari kita membeli secara online beramai-ramai! Shopee berkolaborasi bersama hotel-hotel untuk menempatkan tawaran dan servis hotel di ruangan Shopee Mall. Terdapat banyak hotel yang menawarkan tawaran hebat di mana tetamu boleh membeli baucer bilik, servis spa dan hidangan buffet dengan harga yang sangat berpatutan. Selepas melalui beberapa sesi perbincangan bersama Shopee, akhirnya kami memutuskan untuk menawarkan e-baucer kepada tetamu. Dengan ini, kami ingin mengumumkan M Boutique Hotel kini langsung di dalam Shopee! Ini merupakan kerjasama buat julung kalinya di antara pihak Shopee dan M Boutique Ipoh, kami sangat teruja untuk berkongsi berita ini kepada anda.

M Boutique Ipoh merupakan hotel pertama di dalam kalangan keluarga M Boutique yang berkerjasama dengan Shopee. Kerjasama ini memudahkan tetamu untuk membeli e-baucer dengan harga promosi. Ya, kini anda boleh membeli baucer bilik untuk penginapan di masa akan datang, hanya melalui aplikasi Shopee. Baucer ini menawarkan diskaun sebanyak 26% untuk bilik Superior (tanpa sarapan). Dengan itu, anda boleh menempah bilik Superior dengan hanya RM155. Ini bermakna anda boleh menikmati penjimatan sebanyak RM55. Bukan sahaja anda boleh menikmati keindahan dekorasi bilik bertemakan “Straits Eclectic” di M Boutique Ipoh, malah anda boleh memperoleh penjimatan hebat!

Untuk pengetahuan anda, pembelian baucer bilik M Boutique Ipoh ini hanya boleh dilakukan dengan penggunaan aplikasi Shopee melalui telefon bimbit. Sila ambil perhatian bahawa program ini tidak menyokong versi desktop. Untuk mendapatkan tawaran hebat ini, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah seperti dinyatakan di bawah :

Tags: