fokus destinasi M Boutique Ipoh

M Boutique Ipoh – Inapan Berpatutan

M Boutique

Yang nampak mewah dan berkualiti tidak semestinya mahal. Ikuti paparan hotel M Boutique Ipoh yang menawarkan penginapan berkonsep dalam kelas tersendiri-dengan harga yang sangat berpatutan!

Berpatutan & ‘Ada Gaya’ …

Cukup mudah untuK memilih penginapan yang mewah di tengah Kotaraya. Tetapi apa gunanya berhabis wang jika lokasi penginapan hanya gah pada nama atau dekorasi-bukan pada konsepnya. Kami memperkenalkan, hotel M Boutique Ipoh yang menampiikan Konsep moden dengan fasiliti mengagumkan. Semua ini boleh didapati pada harga serendah RM180! Inilah makna penginapan unik dan menepati citarasa moden yang sebenar!

Inapan Unik dan Stailo!

Berjaya mencuri pandangan sesiapa sahaja yang melewati Hala Datuk 5, Ipoh, M Boutique Hotel menawarkan lebih dari sekadar inapan! Bangunan yang tersergam indah ini bukan hanya cantik di luar, namun cukup berseni tatkala pintu masuk utama dibuka. Diinspirasikan dari gabungan Colonial Malaya masa lalu dengan hiasan moden kontemporari, M Boutique Hotel bakal memberikan satu pengalaman yang cukup indah buat sesiapa sahaja. Setiap sudut nampaknya direka dengan perincian yang sungguh teliti. Mata seakan tidak puas melihat satu demi satu barangan lama yang masih dikekalkan dengan gaya yang berbeza. Cukup unik dan stailo! Lantai kayu di ruang lobi tampak menarik dengan susun atur perabot yang cukup sempurna.

Fokus Destinasi Jun 2014

 

Jalan Cerita Berlainan

Bangunan tiga tingkat ini dikelaskan mengikut kategori yang berbeza. Antaranya The Adventure, The Majestic dan The Exselsior. Setiap bilik diletakkan dengan ikon serta jalan cerita yang berlainan. Sungguh menarik! AdventureFloor mengkhususkan kepada pengembaraan berkonsepkan haiwan. Seni yang dilempiaskan melalui corak dinding dan bingkai gambar memberikan gambaran yang sukar dinilai melalui kata-kata. Dinding batu-bata melatari sepanjang koridor bilik inapan. Elemen urban vintaj yang disuntik sekaligus menjadikan kunjungan lebih menarik. The Exselsior lebih mengkhususkan kepada konsep industri di mana kerusi-kerusi lama disusun atur bersama bingkai gambar yang menggunakan motif huruf. Begitu juga hebatnya dengan The Majestic! Cahaya lampuyang tergantung berlainan corak sememangnya mengimbau nostalgia lama suatu masa dahulu.

Sebanyak 93 buah bilik secara keseluruhan ditawarkan mengikut jenis yang berbeza.Antaranya The Cabin, The Two Twins & The Queen, The Club dan The Family Suite. Jadi, pilihan diberikan buat anda yang mungkin mengambara secara solo, berbulan madu bersama pasangan, mahupun yang meluangkan masa cuti bersama anak-anak. Dekorasi bilik dan susun atur perabot, semuanya menarik belaka. Apa lagi yang boleh diharapkan selain dapat berbaring di atas tilam yang empuk dan mengasyikkan bukan? Sama seperti hotel mewah yang lain, M Boutique Hotel juga menyediakan kemudahan asas seperti TV LCD, peti keselamatan, mini bar, kemudahan membuat kopi dan teh, dan wi-fi percuma. Kemudahan di ruang mandi pula tidak usahlah dipertikaikan! Anda pastinya jatuh cinta dengan mainan warna hitam dan putih di kamar mandi.

Fokus Destinasi M Boutique Ipoh

 

Ruang Khas Istimewa

Tidak terhad kepada himpunan bilik yang unik, di tingkat satu juga terdapat ruangan untuk anda berehat dan bersantai bersama keluarga. Ruang gimnasium dengan peralatan yang lengkap diletakkan bersebelahan dengan ruang tamu khas untuk tetamu. Terpulang samada ingin melayari internet, membaca majalah atau melakukan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian melalui perkhidmatan dobi ‘self service’ yang disediakan di sini.

Di sini juga terdapat sebuah bilik khas untuk sebarang mesyuarat kecil.M Space diberi sentuhan warna yang menarik dengan penyediaan meja dan kerusi yang boleh membangkitkan suasana kondusif ketika mesyuarat. Boleh memuatkan sehingga 60 orang dalam satu masa, M Space juga sesuai untuk majlis keraian, ceramah, dan seminar.

Cipta Suasana Berbeza

Seharian terperuk di bilik merakamkan momen indah di setiap sudut kamar pastinya penat. Apatah lagi, perut yang seharian tidak diisi. Jangan khuatir. Tanpa perlu melangkah jauh, anda boleh membuat pilihan samada ingin menjamu selera di Old Town Grand mahupun Myth Eatery and Bar. Old Town Grand menyediakan juadah citarasa tempatan dalam suasana yang santai. Paling tidak, segarkan diri dengan hirupan kopi panas yang menjadi trademark lpoh.Jika inginkan suasana yang lebih romantis, Myth Eatery adalah lokasinya! Dekorasinya yang sarat dengan biasan lampu-lampu pastinya menciptakan pengalaman manis buat anda dan si dia. Juga mengekalkan konsep urban vintaj, menu di sini lebih mengkhususkan kepada citarasa barat. Pilihan sarapan pagi juga diberikan istimewa untuk anda. Samada ingin menikmati hidangan nasi lemak di Old Town mahupun American Breakfast di Myth Eatery Bar.

hanya di M Boutique Ipoh

 

Selesai urusan check out, apa kata singgah sebentar di M Shop yang terletak di sebelah pintu masuk utama kawasan lobi? M Shop menawarkan pelbagai koleksi cenderahati yang cukup istimewa sebagai kenang-kenangan. Antaranya t-shirt, sabun, selendang, lilin beraroma, beg, patung haiwan, dan banyak lagi. Mungkin ada di antara anda yang tertarik dengan beberapa barangan di dalam bilik inapan. Tiada masalah kerana terdapat beberapa barangan yang sama di jual di sini.

Kakitangan Sedia Membantu

Sudah menjadi adat bercuti, mana mungkin tidak meluangkan masa melawat beberapa lokasi menarik di sekitar lpoh. Jika pengangkutan menjadi masalah, janganlah risau. M Boutique Hotel menyediakan ‘transfer service’ bagi memudahkan lawatan anda ke destinasi terpilih. Harga yang ditawarkan pula cukup berpatutan. Jangan malu untuk bertanya kepada kakitangan M Boutique Hotel yang sedia membantu. Pastinya kunjungan ke sini bakal meninggalkan kenangan manis buat sesiapa sahaja. Abadikan memori indah di M Boutique dengan menyelami keindahan dan keunikan yang tidak boleh dikecapi di tempat lain. “Strangers as Friends” akan sentiasa dalam ingatan!

Liputan Fokus Destinasi, Majalah Libur, Edisi Jun 2014