Volkswagen Van 1972

Langkah-Langkah Pemanduan Keselamatan di Jalan Raya

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, M Boutique Family ingin mengingatkan beberapa langkah keselamatan di jalan raya kepada para pemandu yang akan memandu untuk pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama meraikan Hari Raya yang dinanti-nantikan.

 

Awas! Sila Patuhi Langkah-Langkah Berikut:-

Sebelum Pemanduan

  1. Merancang perjalanan. Tangguh jika anda berasa kurang sihat atau mengantuk.
  2. Melakukan pemeriksaan kenderaan (service) agar semua dalam keadaan baik.
  3. Memastikan kelengkapan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan lengkap.
  4. Bagi yang beragama islam, seeloknya membaca doa naik kendaraan dan berwuduk.

 

Semasa Pemanduan

  1. Ikuti had laju yang telah ditetapkan.
  2. Memberi lampu isyarat jika ingin menukar lorong atau memasuki simpang. Sila lihat cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan penukaran lorong dan sebelum masuk simpang.
  3. Pastikan anda berada dalam lorong yang betul.
  4. Pastikan jarak kenderaan anda berada di jarak 10 saat dari kenderaan di hadapan.
  5. Jangan sesekali menyalahgunakan lorong kecemasan kerana ianya untuk kegunaan kecemasan sahaja.
  6. Jika dalam keadaan hujan, sila pastikan guna gear rendah dan pasang lampu. Elakkan pengunaan lampu isyarat kecemasan kerana ianya hanya untuk kenderaan berhenti sahaja.
  7. Elakan pengunaan telefon bimbit. Fokus dalam pemanduan anda.

 

Langkah-langkah berikut bukanlah untuk dibaca sahaja tetapi ia perlulah seiring dengan tindakan.

Ingatlah orang yang tersayang, kepulangan anda dinanti, bukanlah ditangisi.

Tags: