01 Jul Langkah-Langkah Pemanduan Keselamatan di Jalan Raya
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, M Boutique Family ingin mengingatkan beberapa langkah keselamatan di jalan raya kepada para pemandu yang akan memandu untuk pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama meraikan Hari Raya yang dinanti-nantikan.
Awas! Sila Patuhi Langkah-Langkah Berikut:-
Sebelum Pemanduan
- Merancang perjalanan. Tangguh jika anda berasa kurang sihat atau mengantuk.
- Melakukan pemeriksaan kenderaan (service) agar semua dalam keadaan baik.
- Memastikan kelengkapan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan lengkap.
- Bagi yang beragama islam, seeloknya membaca doa naik kendaraan dan berwuduk.
Semasa Pemanduan
- Ikuti had laju yang telah ditetapkan.
- Memberi lampu isyarat jika ingin menukar lorong atau memasuki simpang. Sila lihat cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan penukaran lorong dan sebelum masuk simpang.
- Pastikan anda berada dalam lorong yang betul.
- Pastikan jarak kenderaan anda berada di jarak 10 saat dari kenderaan di hadapan.
- Jangan sesekali menyalahgunakan lorong kecemasan kerana ianya untuk kegunaan kecemasan sahaja.
- Jika dalam keadaan hujan, sila pastikan guna gear rendah dan pasang lampu. Elakkan pengunaan lampu isyarat kecemasan kerana ianya hanya untuk kenderaan berhenti sahaja.
- Elakan pengunaan telefon bimbit. Fokus dalam pemanduan anda.
Langkah-langkah berikut bukanlah untuk dibaca sahaja tetapi ia perlulah seiring dengan tindakan.
Ingatlah orang yang tersayang, kepulangan anda dinanti, bukanlah ditangisi.